Thursday 8 December 2011

kurikulum Dunia Seni KSSR Tahun 1

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembangkan
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. 
Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan
sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membina
keyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanya tersendiri. 
Dokumen Standard Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh,
dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik  budaya kesenian.

MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah  untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan
negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF
Setelah mengikuti Kurikulum Seni Visual sekolah rendah murid dapat:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah


FOKUS MATA  PELAJARAN
Tumpuan utama Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci dapat menajamkan perseps i murid.
Selain memperkembang deria penglihatan, aspek ini  juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seper ti ini membantu
perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan
dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi
mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah

perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bah an serta
teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya de ngan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana  memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid  juga dapat
mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

 Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai  kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil
kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid
diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

 Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai  kebersihan,
dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

P E N I L A I A N  D A L A M   S E N I  V I S U A L
Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada  perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah.

Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai  empat  unsur iaitu  penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.

Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.

Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk mela ksanakan

Penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen serta pelaksanaannya. Selain itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis markah tersebut serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka.



 Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, dan penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja di kenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain  itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid serta memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, 6Kaedah lisan dan interaksi menolong guru menilai penguasan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan seperti soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian. Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema. Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.

O R G A N I S A S I   K A N D U N G A N

Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik,  aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaran  digubal dan diperincikan bagi tujuan  pengajaran dan pembelajaran berasaskan standard kandungan.

STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI  ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan,  objek buatan manusia, dan karya seni. 

STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI  SENI
Standard kandungan  ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual  menerusi penentuan  media dan teknik dalam aktiviti seni.

STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual  menerusi penzahiran idea melalui pelbaga i sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.

STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.  Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin  ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.

Aktiviti di Tahun 1 bagi kurikulum Dunia Seni – Seni Visual meliputi :

BIDANG KEGIATAN & AKTIVITI

MENGGAMBAR- 25%
1. Lukisan
2. Catan
3. Capan
4. Kolaj

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN -25%
Terancang
1. Capan
2. Lukisan

Tidak Terancang
1.      Renjisan dan percikan
2.      Titisan

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN -25%
1. Model
2. Origami

MENGENAL KRAF TRADISIONAL- 25%
1. Anyaman
2. Alat permainan — Wau



No comments:

Post a Comment