Monday 5 December 2011

PENGALAMAN ALAM SENI


Pengalaman Estetik

Tajuk ini menyatakan tentang pengertian Seni Visual berdasarkan pengalaman estetik dan bagaimana pengalaman itu dapat dikuasai oleh pelajar. Aspek yang terlibat dalam pengalaman estetik ialah aspek pengalaman intelektual dan pengalaman langsung dengan karya seni itu. Kedua-dua bentuk pengalaman ini lebih kepada pendekatan atau methodology dalam penghasilan karya.
Seseorang pelajar atau pelukis boleh menguasai atau mengalami pengalaman estetik melalui pendekatan intelektual dan pendekatan langsung ini.

Pengalaman Intelektual

Pengalaman Intelektual  proses sebelum penghasilan karya -Pendekatan Intelektual, ia juga bermaksud penghasilan sesuatu produk seni yang memerlukan proses kajian, pengumpulan maklumat, penguasasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan produk yang hendak dihasilkan. Hasil maklumat akan dianalisis dan dikaji semula serta dibuat eksperimen tentang kesesuaiannya. Proses mengkaji dan mengumpul maklumat inilah yang dikatakan sebagai pengalaman intelektual. Ia juga melibatkan penerokaan yang berbentuk eksperimen. Melalui pendekatan intelektual seperti ini akan mempertajamkan lagi pengalaman estetik seseorang itu.


Pengalaman Langsung

Pengalaman Langsung proses membuat karya-proses teknikal, ia juga menyumbang kepada pengalaman estetik seseorang itu. Pengalaman langsung atau direct contact ialah satu proses penghasilan produk seni. Berlaku hubungan langsung antara pengkarya dengan karyanya secara sedar. Koordinasi deria berlaku antara mata dengan tangan serta otak. Fikiran (otak) menyatakan tentang sesuatu yang bersifat kreatif. Proses mengindahkan karya berlaku. Proses ini disebut proses artistik.

No comments:

Post a Comment